Selasa, 16 Mac 2010

Our New Champion

Akhirnya ...

berjaya juga Dato' Lee Chong Wei untuk menjadi Juara All England seperti mana yang diimpikan...

Persoalannya, mengapa Kenichi Tago, satu nama yang tak pernah di dengar...kemenangan Dato' Lee Chong Wei adakah nasib semata-mata ?

Tidak lah mustahil untuk beliau memenangi perlawanan ini , kerana jurang pengalaman dan skill yang jauh berbeza. Bagaimana jika Dato' Lee Chong Wei tewas ?

Oleh itu pemain yang paling berjaya dan Juara sebenar adalah Kenichi Tago, bukan Dato' Lee Chong Wei. Walaupun bermain tanpa ranking K.Tago dapat menunjukkan satu persembahan yang diluar jangkaan.

Alangkah manisnya jika didalam perlawanan akhir itu , Dato' Lee Chong Wei menjadi Juara All England dengan mengalahkan musuh tradisinya Lin Dan. Itulah saat dan ketikanya rakyat Malaysia nantikan.

Kesinambungan dari All England ini, tumpuan kembali kepada persoalan :

1- Piala Thomas yang akan berlangsung tidak lama lagi. Tumpuan tentunya, Bolehkah Malaysia menjadi Juara ?

2- Bagaimana K.Tago selepas ini ? Terus menyinar atau hilang dari pertandingan dunia , tapi percayalah K.Tago bakal menggegar dunia dalam waktu terdekat ini.Namanya mula akan diperhatikan, strategi dan kemahirannya akan sentiasa dipantau.
3- Dimana para pemain Malaysia ? mana pelapis ? sampai bila Dato' Lee Chong Wei akan memegang pemain nombor satu dunia dan mengibarkan bendera Malaysia.

Strategi dan pelapis baru perlu digilap bukan satu tapi mungkin lebih dari itu, agar Malaysia tidak ketandusan pemain. Kalau boleh sejarah kita ubah, agar jarak ruang antara Juara dan pelapis tidak terlalu jauh...seperti Eddy Chong , Punch Gunalan, Taik Huan, Misbun, Rashid,Roslin dan Hafiz...cuba lihat jarak antara mereka ...kurang lebih 5 ~ 10 tahun baru muncul pemain yang menyinar.

Jarak ruang antara Juara dan Juara mungkin boleh di pendekkan dari 5 ~ 10 tahun ke 3 ~ 5 tahun saja...setiap 3 ~ 5 tahun kita akan ada Juara dunia yang silih berganti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan