Selasa, 20 April 2010

BWF Thomas & Uber Cup

Kejohanan Piala Thomas dan semakin hampir, persiapan Malaysia masih nampak terumbang - ambing dengan regunya yang masih tak konsisten.....

Bagaimana pendapat orang awam dengan senario seperti ini....?

Mungkin semua boleh memberi komen dan pandangan..

Walaubagaimanapun sama-samalah kita memberi sokongan moral kepada Pasukan Malaysia untuk membawa Piala Thomas berada di Malaysia...

Untuk tempahan ticket :

https://shop.ticketpro.com.my/en/Event/Search?e=proton

Selasa, 30 Mac 2010

Program Jaguh di TV9




SIAPAKAH YANG BAKAL BERGELAR JUARA JAGUH

Pada bulan Disember lalu, TV9 telah mengadakan sesi ujibakat bagi mencari peserta cilik untuk menyertai program realiti sukan terbaru terbitan TV9 iaitu JAGUH. Bersempena dengan kedatangan Piala Thomas tidak lama lagi, semangat badminton akan disemarakkan lagi dengan kedatangan program realiti badminton yang pertama seumpamanya di Malaysia dan mungkin di dunia.

Ini selaras dengan kedudukan sukan badminton merupakan sukan pilihan nombor satu rakyat Malaysia selain daripada bola sepak.Setelah uji bakat dan saringan diadakan pada bulan Disember yang lalu, akhirnya daripada beratus-ratus peserta yang mencuba nasib, hanya 8 peserta terbaik dipilih untuk menyertai pasukan JAGUH.

Menurut Puan Rozaina Zainul Abidin selaku Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, ”Rancangan ini julung-julung kali diadakan kerana medium TV adalah sesuai untuk mencungkil bakat kanak-kanak daripada peringkat akar umbi. Pada masa yang sama, ia memberi pendedahan kepada masyarakat umum mengenai persediaan untuk menjadi seorang jaguh sukan badminton kerana ianya ditonton oleh seisi keluarga.

Rancangan Jaguh akan bersiaran pada waktu perdana dan menampilkan bakat luar biasa 8 kanak-kanak dalam mengharungi cabaran untuk bergelar Jaguh badminton negara pada masa hadapan.

Mereka yang telah mula menjalani latihan intensif sejak Disember lalu, akan berkampung selama seminggu sepanjang cuti persekolahan ini dan menjalani latihan pesat sepertimana yang dilalui oleh jaguh-jaguh badminton lain termasuklah Dato’ Lee Chong Wei yang baru sahaja bergelar Juara All England malam tadi.”

Selain latihan, pelbagai aksi dan babak menarik pasti muncul apabila semua bakat cilik ini disatukan dan berentap sesama sendiri dalam persaingan mereka untuk menjadi Jaguh.

Para penonton TV9 akan dapat menyaksikan bagaimana adik-adik kita ini menyahut cabaran daripada program Jaguh 8 episod ini dan saksikan siapakah yang bakal tersingkir dan siapakah yang akan mara dalam setiap perlawanan hingga sampai ke peringkat akhir dan seterusnya bergelar Jaguh.

Lapan peserta yang akan menyahut cabaran program realiti sukan JAGUH ini adalah :

1. Muhammad Umar Al Qhatab Bin Mohammed Shaffie, 12 tahun, Kuala Lumpur
2. Chia Wei Jie, 10 tahun, Kuala Lumpur

3. Goh Ting Yu, 11 tahun, Sabah

4. Muhammad Ariff B. Mohd Asaari, 10 tahun, Kuala Lumpur

5. Muhammad Izzuddin, 12 tahun, Selangor

6. Muhammad Syafiq Bin A. Sanusi, 10 tahun, Melaka

7. Ahmad Shah Fuad B. Muhammad, 12 tahun, Negeri Sembilan

8. Riyanda Kesuma B. Suherman, 12 tahun, Selangor

Sepanjang seminggu yang penuh getir dan mendebarkan ini, semua peserta bakal menjalani latihan intensif daripada barisan jurulatih profesional yang diketuai oleh Kwan Yoke Meng (antara pemain perseorangan utama skuad badminton Malaysia yang memenangi Piala Thomas pada 1992) dan dibantu oleh tiga lagi jurulatih berpengalaman yang turut merupakan antara bekas para pemain badminton tanahair iaitu Mohd Salleh Suwandi, Abd Rani Bin Nasir dan Sambenthan A/L Sivaperumal.
Kelapan-lapan peserta Jaguh akan ditempatkan di asrama Kementerian Belia dan Sukan Bukit Kiara dan akan menjalani latihan intensif di Dewan Badminton USJ23. Selain daripada Latihan Teknikal, pelbagai aspek lain seperti Disiplin, Sikap, Pemakanan, Ketahanan Mental & Fizikal akan menjadi elemen utama yang akan dapat kita saksikan – hanya dalam Jaguh!

Juara JAGUH bakal membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM3,000 beserta hadiah iringan lain.

Tempat Kedua – wang tunai RM2,000.

Tempat Ketiga – wang tunai RM1,000.

Tempat Keempat – wang tunai RM500.

Tempat Kelima hingga Lapan – wang tunai RM300.

Pemain Harapan – wang tunai RM1,000.

Biar pun, mereka masih lagi muda tetapi semangat dan dedikasi yang lahir di dalam diri mereka sudah cukup untuk mereka mencapai kejayaan sekaligus mengharumkan nama tanah air kita suatu hari nanti.

Jaguh, rancangan realiti sukan pertama terbitan TV9 bersama penaja bersama Yonex ini diterajui oleh Penerbit Eksekutif Baskaran Krishnakutty, penebit Wahyu Nursubiyakto dan dihoskan oleh Ikhwan (Khairul Ikhwan Rosli) yang juga merupakan deejay popular Hotfm.
Jangan lupa meluangkan masa anda menonton Jaguh pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam bermula bermula 26 Mac 2010 ini.

Isnin, 29 Mac 2010

Tan Boon Heong in Guiness Book of World Records

Saturday March 13, 2010 ( From The On line )



Boon Heong in Guinness Book of World Records

IT is official. Malaysia’s doubles shuttler Tan Boon Heong is in the Guinness Book of World Records as the player with the fastest smash at a speed of 421kph.

On Thursday, he received the certificate for the achievement from the founder of Yonex, Minoru Yoneyama. It was a minor consolation for Boon Heong in Birmingham during the All-England.

On Wednesday, Boon Heong-Koo Kien Keat, the 2007 All-England champions, were dealt a big blow to their morale when they suffered a first-round defeat by Danish veterans Lars Paaske-Jonas Rasmussen.

With new Arc Saber Z-slash racket, he did his smash during the speed test in Yonex Japan Open, Tokyo.Wow, he smash at a speed of 421km/h, which breaks the world record perviously set by Japan's Naoko Kawamae at 414km/h.

Guys....Dare to challenge ?


Komen : Walaupun tak menang All England, kerana usahanya dapat juga hasil...

Selasa, 16 Mac 2010

Our New Champion

Akhirnya ...

berjaya juga Dato' Lee Chong Wei untuk menjadi Juara All England seperti mana yang diimpikan...

Persoalannya, mengapa Kenichi Tago, satu nama yang tak pernah di dengar...kemenangan Dato' Lee Chong Wei adakah nasib semata-mata ?

Tidak lah mustahil untuk beliau memenangi perlawanan ini , kerana jurang pengalaman dan skill yang jauh berbeza. Bagaimana jika Dato' Lee Chong Wei tewas ?

Oleh itu pemain yang paling berjaya dan Juara sebenar adalah Kenichi Tago, bukan Dato' Lee Chong Wei. Walaupun bermain tanpa ranking K.Tago dapat menunjukkan satu persembahan yang diluar jangkaan.

Alangkah manisnya jika didalam perlawanan akhir itu , Dato' Lee Chong Wei menjadi Juara All England dengan mengalahkan musuh tradisinya Lin Dan. Itulah saat dan ketikanya rakyat Malaysia nantikan.

Kesinambungan dari All England ini, tumpuan kembali kepada persoalan :

1- Piala Thomas yang akan berlangsung tidak lama lagi. Tumpuan tentunya, Bolehkah Malaysia menjadi Juara ?

2- Bagaimana K.Tago selepas ini ? Terus menyinar atau hilang dari pertandingan dunia , tapi percayalah K.Tago bakal menggegar dunia dalam waktu terdekat ini.Namanya mula akan diperhatikan, strategi dan kemahirannya akan sentiasa dipantau.
3- Dimana para pemain Malaysia ? mana pelapis ? sampai bila Dato' Lee Chong Wei akan memegang pemain nombor satu dunia dan mengibarkan bendera Malaysia.

Strategi dan pelapis baru perlu digilap bukan satu tapi mungkin lebih dari itu, agar Malaysia tidak ketandusan pemain. Kalau boleh sejarah kita ubah, agar jarak ruang antara Juara dan pelapis tidak terlalu jauh...seperti Eddy Chong , Punch Gunalan, Taik Huan, Misbun, Rashid,Roslin dan Hafiz...cuba lihat jarak antara mereka ...kurang lebih 5 ~ 10 tahun baru muncul pemain yang menyinar.

Jarak ruang antara Juara dan Juara mungkin boleh di pendekkan dari 5 ~ 10 tahun ke 3 ~ 5 tahun saja...setiap 3 ~ 5 tahun kita akan ada Juara dunia yang silih berganti.


Ahad, 7 Mac 2010

Perlawanan 1

Perlawanan antara Kumpulan B melawan Kumpulan D...

Keputusan seri 1-1,
kedua - dua kemenanagan dimenangi dengan straight set...( sila lihat Keputusan perlawanan ..diatas ), perlawanan ke tiga sepatutnya dijalankan pada tarikh yang sama, tetapi oleh kerana Kumpulan B , salah seorang pemain dari regu ke 3, telah mengalami kecederaan serius yang tidak memungkinkan beliau untuk beraksi...

Pihak urusetia terpaksa bermesyuarat semula untuk menentukan pemain gantian , bagi menyemarakkan lagi suasana pertandingan demi persahabatan....

Gambar Kumpulan ...
Kumpulan B - ( Faizul, Malik, Safiee, Saat & Razali )
Kumpulan D ( Farid, Azizi, Nasir, Fadli, Rosenizal & Fuzi )
Perlawanan regu ketiga akan disusun semula bagi mempercepatkan proses kedudukan kumpulan...
Tahniah kepada pemenang - pemenang yang telah menunjukkan semangan kesukanan yang tinggi ....

Khamis, 18 Februari 2010

Masa dah semakin Hampir


Beberapa minggu telah berlalu , hari pertandingan bakal menjelma...
Segala persiapan telah diatur, segala percaturan telah dikaji dan diperhalusi....
Bagaimana agaknya perasaan para peserta pertandingan di saat ini ...mungkin sebahagiannya :
  1. Gementar kerana tak sabar ingin menonjolkan aksi-aksi berani dan skil-skil terkini
  2. Buat tak kisah kerana keyakinan yang tinggi ataupun kerana perasaan rendah diri dengan tahap kemampuan yang dimiliki
  3. Sentiasa bersedia dengan apa jua keadaan yang bakal dihadapi
  4. Sentiasa mengintai peluang dan mencari strategi terkini untuk diaplikasi, melalui buku dan diskusi,
  5. dan lain-lain...
Walaubagaimanapun keadaan dan situasinya, para pemain yakin dan telah bersedia dari segi mental dan fizikal..
  • Bukan hadiah yang menjadi ukuran, tapi persahabatan dan persefahaman yang ingin diwujudkan..... .
  • Bukan ingin menjadi jaguh untuk diketengahkan ( kalau ada apa salahnya ), tapi sekadar satu riadah untuk kesihatan, agar mudah untuk menjalani ibadat seharian
  • Bertandinglah dalam suasana harmoni, setiap apa jua pertelingkahan haruslah diadili, persefahaman mesti ditingkatkan demi semangat setiakawan

Salam satu Malaysia, MAJULAH SUKAN UNTUK PERSAHABATAN

Rabu, 10 Februari 2010

Persiapan Sebelum Pertandingan 2

by Emmet Gibney

Persiapan untuk menyertai satu-satu pertandingan adalah sesuatu perkara yang perlu dititikberatkan kepada setiap pemain. Anda boleh memberikan satu persembahan yang menyakinkan dalam apa jua pertandingan jika membuat persiapan yang rapi, begitulah sebaliknya jika tanpa persiapan yang rapi perjuangan anda bakal sia-sia.




Disini ada beberapa tip-tip bagaimana persiapan rapi dapat di buat untuk sesuatu pertandingan bagi memastikan anda cukup selesa bagi memberikan satu persembahan yang menyakinkan.




Buat pemeriksaan yang teliti ...

perkara yang akan membuat pemain berasa tertekan adalah kerana terlupa peralatan yang penting dan kurang penting tapi diperlukan bila tiba di tempat pertandingan. Bagaimanakah perasaan anda apabila sampai ketempat pertandingan anda tertinggal kasut atau raket !! atau anda bawa kasut yang hampir koyak atau raket tak bertali ? Buat persiapan dan pemeriksaan awal !!

Hentikan latihan-latihan yang berat di saat - saat akhir sebelum pertandingan .

Ini boleh menyebabkan sesuatu tragedi yang tak tersangka oleh pemain itu sendiri. Saya faham sesetengah pemain akan cuba untuk melakukan latihan yang lebih kerap dari biasa sebelum pertandingan untuk memastikan mereka cukup bersedia, saya sangat tidak setuju dengan pendapat ini. Untuk menghadapi pertandingan anda memerlukan tubuh badan yang sihat dan cergas tanpa sebarang kecederaan.Dengan mengurangkan latihan berat sebelum pertandingan, anda akan memiliki tubuh badan yang sihat, segar dan bertenaga.


Perhatikan pemakanan anda .



Elakkan dari makan di McDonalds, KFC atau makanan segera yang lain.Jangan banyak makan ikan dan makanan ringan.Jangan banyak makan makanan yang berminyak.Amalkan pemakanan yang sihat !! Banyakkan makan sayur dan buah-buahan...


Jangan mancuba teknik dan taktik yang baru disaat - saat akhir, minggu - minggu terakhir sebelum pertandingan juga tidak digalakkan.

Fokus dan asah kemahiran yang anda miliki. Jika anda menokok tambah kemahiran anda di saat-saat akhir anda lebih kepada permainan yang bercelaru, dan akan melakukan lebih banyak kesilapan semasa pertandingan.

Terdapat banyak lagi tip-tip sebelum menghadapi sesuatu pertandingan, tapi di atas adalah sebahagian tip yang amat penting... Setiap pemain memerlukan kemenangan dalam sesuatu pertandingan, oleh sebab itu FIZIKAL dan MENTAL sentiasa perlu bersedia...

Ketahanan mental membawa kekuatan fizikal ....


Sekian.. SELAMAT BERTANDING.....