Khamis, 18 Februari 2010

Masa dah semakin Hampir


Beberapa minggu telah berlalu , hari pertandingan bakal menjelma...
Segala persiapan telah diatur, segala percaturan telah dikaji dan diperhalusi....
Bagaimana agaknya perasaan para peserta pertandingan di saat ini ...mungkin sebahagiannya :
  1. Gementar kerana tak sabar ingin menonjolkan aksi-aksi berani dan skil-skil terkini
  2. Buat tak kisah kerana keyakinan yang tinggi ataupun kerana perasaan rendah diri dengan tahap kemampuan yang dimiliki
  3. Sentiasa bersedia dengan apa jua keadaan yang bakal dihadapi
  4. Sentiasa mengintai peluang dan mencari strategi terkini untuk diaplikasi, melalui buku dan diskusi,
  5. dan lain-lain...
Walaubagaimanapun keadaan dan situasinya, para pemain yakin dan telah bersedia dari segi mental dan fizikal..
  • Bukan hadiah yang menjadi ukuran, tapi persahabatan dan persefahaman yang ingin diwujudkan..... .
  • Bukan ingin menjadi jaguh untuk diketengahkan ( kalau ada apa salahnya ), tapi sekadar satu riadah untuk kesihatan, agar mudah untuk menjalani ibadat seharian
  • Bertandinglah dalam suasana harmoni, setiap apa jua pertelingkahan haruslah diadili, persefahaman mesti ditingkatkan demi semangat setiakawan

Salam satu Malaysia, MAJULAH SUKAN UNTUK PERSAHABATAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan