Rabu, 10 Februari 2010

Persiapan Sebelum Pertandingan 2

by Emmet Gibney

Persiapan untuk menyertai satu-satu pertandingan adalah sesuatu perkara yang perlu dititikberatkan kepada setiap pemain. Anda boleh memberikan satu persembahan yang menyakinkan dalam apa jua pertandingan jika membuat persiapan yang rapi, begitulah sebaliknya jika tanpa persiapan yang rapi perjuangan anda bakal sia-sia.




Disini ada beberapa tip-tip bagaimana persiapan rapi dapat di buat untuk sesuatu pertandingan bagi memastikan anda cukup selesa bagi memberikan satu persembahan yang menyakinkan.




Buat pemeriksaan yang teliti ...

perkara yang akan membuat pemain berasa tertekan adalah kerana terlupa peralatan yang penting dan kurang penting tapi diperlukan bila tiba di tempat pertandingan. Bagaimanakah perasaan anda apabila sampai ketempat pertandingan anda tertinggal kasut atau raket !! atau anda bawa kasut yang hampir koyak atau raket tak bertali ? Buat persiapan dan pemeriksaan awal !!

Hentikan latihan-latihan yang berat di saat - saat akhir sebelum pertandingan .

Ini boleh menyebabkan sesuatu tragedi yang tak tersangka oleh pemain itu sendiri. Saya faham sesetengah pemain akan cuba untuk melakukan latihan yang lebih kerap dari biasa sebelum pertandingan untuk memastikan mereka cukup bersedia, saya sangat tidak setuju dengan pendapat ini. Untuk menghadapi pertandingan anda memerlukan tubuh badan yang sihat dan cergas tanpa sebarang kecederaan.Dengan mengurangkan latihan berat sebelum pertandingan, anda akan memiliki tubuh badan yang sihat, segar dan bertenaga.


Perhatikan pemakanan anda .



Elakkan dari makan di McDonalds, KFC atau makanan segera yang lain.Jangan banyak makan ikan dan makanan ringan.Jangan banyak makan makanan yang berminyak.Amalkan pemakanan yang sihat !! Banyakkan makan sayur dan buah-buahan...


Jangan mancuba teknik dan taktik yang baru disaat - saat akhir, minggu - minggu terakhir sebelum pertandingan juga tidak digalakkan.

Fokus dan asah kemahiran yang anda miliki. Jika anda menokok tambah kemahiran anda di saat-saat akhir anda lebih kepada permainan yang bercelaru, dan akan melakukan lebih banyak kesilapan semasa pertandingan.

Terdapat banyak lagi tip-tip sebelum menghadapi sesuatu pertandingan, tapi di atas adalah sebahagian tip yang amat penting... Setiap pemain memerlukan kemenangan dalam sesuatu pertandingan, oleh sebab itu FIZIKAL dan MENTAL sentiasa perlu bersedia...

Ketahanan mental membawa kekuatan fizikal ....


Sekian.. SELAMAT BERTANDING.....

1 ulasan:

  1. Terbaik. Terima kasih atas tips yang dapat merangsang saya untuk pertandingan yang akan datang.

    BalasPadam