by Emmet Gibney
Permainan Mendatar “flat play” adalah teknik yang popular pada kebanyakan permain ternama dunia terutama pemain perseorangan.Pada lewat tahun ‘90an pemain seperti Peter Gade telah mempopularkan taktik ini , pada ketika itu beliau telah berada di kemuncak prestasinya.
Peter telah banyak menjulang kejuaraan dunia selama 4 tahun dengan taktik ini, sebelum Taufik Hidayat, Lin Dan dan Lee Chong Wei mula mempelajari dan mempraktikkan taktik ini seterusnya memperbaikinya dengan lebih sempurna.
Tidak seperti pemain yang lain sebelum ini, Peter Gade sentiasa mengawal permainan dengan mendatar ( “flat” ).Beliau jarang sekali mengangkat dan menghantar bola tinggi, dan pada asasnya beliau akan sentiasa memastikan pihak lawan memulangkan bola semula dari "baseline”.Cara atau taktik ini memerlukan pukulan yang kuat yang mendatar dan kemahiran pertahanan gelanggang yang tinggi, yang pasti boleh membuatkan lawan akan merasa tertekan dan membuat kesilapan.

Peter Gade adalah Juara Regu Remaja Dunia pada awalnya, jadi tak menjadi masalah baginya untuk mengekalkan corak permainan mendatar sedemikian.
Jadi,
Jadi,
mengapa harus belajar dan mempraktikkan taktik ini ? alasannya adalah :
· Taktik ini akan membuatkan pihak lawan berkerja keras untuk mengembalikan dan mengangkat bola hantaran dari anda, mereka tidak berupaya atau tiada masa membuat persediaan untuk melakukan “Smash”
· Taktik ini akan membuatkan pihak lawan berkerja keras untuk mengembalikan dan mengangkat bola hantaran dari anda, mereka tidak berupaya atau tiada masa membuat persediaan untuk melakukan “Smash”
· Taktik ini hanya dimainkan oleh sebilangan pemain sahaja yang pakar , dan lebih kepada beberapa pemain perseorangan . Dengan taktik ini, pihak lawan akan terpaksa keluar dari zon selesa mereka dan adalah menjadi kelebihan anda untuk memerangkap mereka.
· Jika stamina anda mantap, anda akan merasakan bahawa gelanggang menjadi amat kecil bagi anda tetapi berbeza bagi pihak lawan, mereka terpaksa melayan setiap pukulan mendatar anda dan mengembalikannya dengan penuh tekanan .
Sepertimana taktik-taktik lainnya dalam permainan Badminton ( ada kekuatan dan kelemahan sendiri ), anda perlu berhati-hati untuk melakukan taktik permainan ini, kelemahannya dan dengan siapa anda berlawan.
Disini ada beberapa tip, yang perlu anda elakkan bila menggunakan taktik “flat play” atau permainan mendatar ini :
· Bila pihak lawan tidak mempunyai stamina yang tinggi, membuli dan memaksa mereka berlari ke setiap penjuru gelanggang !!!
· Berlawan dengan regu yang mempunyai kepakaran yang serupa.
· Jika anda masih berasa tidak berapa yakin atau masih lemah untuk membuat pukulan dan permainan mendatar ini
Jadi,
bagaimana anda untuk mempelajari, melaksanakan dan memantapkan lagi taktik ini ?
· Jangan mengangkat bola secara selamba atau ambil mudah, cuba untuk lakukan hantaran secara mendatar diatas jaring. Jangan takut jika pihak lawan cuba untuk melakukan “smash”, sebab pukulan balas mereka biasanya akan kembali mendatar, sepatutnya anda boleh membalas balik pukulan atau smash tadi kembali dibelakang mereka.

· Jika anda terpaksa mengembalikan bola dari belakang gelanggang, jangan mengangkat bola tinggi.Hantar semula secara mendatar, kuat dan pantas di atas jaring bagi memaksa pihak lawan untuk bermain dijaring. Ini adalah perkara utama , tetapi harus diingat “ keep in mind “Jangan mengembalikan bola perlahan diatas jaring, ini lebih memudahkan pihak lawan untuk memulakan permainan jaring.
· Kawal jaring seberapa cekap dan pantas yang anda boleh.Jika pihak lawan mengembalikan semula bola tinggi kearah anda dari jaring , ianya tentu menjadi amat mudah.Anda boleh melakukan “smash” diikuti dengan sentuhan dijaring ataupun hantar semula kejaring.
· Hantaran servis pendek.Anda boleh perhatikan kebanyakan pemain membuat hantaran servis pendek sekarang.Dengan system pungutan 21 mata, pemain tidak boleh untuk merugikan mata dengan servis belakang.Dan juga, bila anda membuat servis pendek, ia lebih memudahkan bagi anda untuk merancang melakukan percaturan hantaran bola kesasaran seterusnya.Lakukan servis pendek ketepi,ataupun servis ke tengah gelanggang, seperti mana pukulan biasa.Ini membuatkan pihak lawan mati langkah, tetapi harus diingat “ JANGAN LAKUKAN SERVIS YANG MELANGGAR PERATURAN
Berlatih dengan pasangan anda untuk pukulan mendatar ini,
1- mata anda sentiasa fokus di jaring,
2- hantaran bola mesti terus di penjuru gelanggang "baseline", atau mendatar dan laju "sharp" di atas jaring
3- kedudukan raket sentiasa bersedia dan berada atas daripada kedudukan bahu anda
4- ketinggian pemain kadangkala membatasi setiap teknik pukulan ini, tetapi dengan latihan yang kerap anda pasti boleh untuk melakukannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan