Saya rasa seronok bila dapat mengutip mata dengan rejaman "smash" kuat saya, dan mematikan langkah pihak lawan.
Ia amat membanggakan, betul tak ?
Ramai pemain (terutama pemain lelaki), banyak mempraktikkan, dan menghabiskan masa latihan dengan rejaman-rejaman "smash" yang padu, dalam latihan skil rejaman "smash" yang mantap lebih bagus untuk kerap dipraktikkan dan diasah selalu, walaubagaimanapun pun rejaman "smash" tidaklah memberikan sebarang perubahan corak permainan secara keseluruhannya.Impaknya amat kecil.Kebenaran yang terselindung disebalik rejaman-rejaman "smash" tadi bukan hanya untuk memberi tekanan kepada pihak lawan, tapi ia lebih kepada memberi kegerunan.
Jika anda mempunyai senjata permainan yang bagus , seperti rejaman "smash" yang padu atau permainan net yang sempurna, pihak lawan akan merasa lebih gerun dengan senjata permainan anda itu.
JIKA rejaman "smash" anda adalah satu-satunya kekuatan anda, anda bakal menghadapi banyak masalah, tetapi jika anda mempunyai dan mampu untuk mempelbagai senjata permainan di samping rejaman "smash" tadi , anda akan menjadi satu ancaman terbesar bagi pihak lawan.
Pihak lawan akan melakukan apa saja untuk mengelakkan rejaman "smash" anda, dengan cara permainan "netting", atau mereka akan cuba menjarakkan bola dengan cara "flat play" untuk mengecilkan peluang anda membuat rejaman.Cara permainan pihak lawan begini akan menyukarkan pergerakan anda, dan mengecilkan peluang untuk mematikan permainan dan mengutip mata, anda perlu mempertingkatkan dan mempelbagaikan corak permainan untuk mencari kelebihan dari pihak lawan.
Setiap pemenang didalam perlawanan Badminton adalah dengan cara memberi tekanan-tekanan, kurangkan "rally" dimana anda boleh mencipta lebih banyak peluang untuk menang.
Anda harus meningkatkan dan mencuba pelbagai senjata permainan.
- kemahiran permainan net yang kemas digabungkan dengan rejaman "smash" yang padu,
- kepakaran permainan "flat" digabungkan dengan "drop play" atau pukulan pancung, ( cara permainan "flat" teknik akan menyusul )
- kecekapan pertahanan digabungkan dengan stamina yang tinggi.
Peter Gade dan Taufik Hidayat...mempunyai skill "netting" dan "flat play" terbaik, teknik "flat play" telah dipelajari dan dipertajamkan oleh Lee Chong Wei dan Lin Dan.
Anda harus menggunakan senjata utama anda dengan disusuli gabungan skil dan kemahiran lainnya.
Akhirnya, semua perlawanan anda akan mudah dikuasai, tumpukan dan mempertajamkan kepakaran setiap kemahiran anda.....
gambar : " Backhand Stroke "
huhu menabjubkan...mcam mne cara nak buat pukulan smash yang padu
BalasPadam