by Emmet Gibney .
Terdapat banyak bentuk susuk tubuh yang sesuai dalam permainan badminton, bukan satu.Walaubagaimanapun,anda perlu untuk menyesuaikan cara anda bermain bersesuaian dengan bentuk susuk tubuh anda. Inilah biasanya cabaran yang perlu diambil oleh setiap Jurulatih, kebiasaannya mereka hanya mengajar pelatih cara bermain badminton seperti mana yang pelatih patuttahu sahaja,dengan mengandaikan bahawa pelatih mempunyai susuk tubuh yang sama dengan beiau.
Pemain badminton terdiri daripada berbagai bentuk dan saiz susuk tubuh,walaubagaimanapun pemain yang tidak mempunyai susuk tubuh yang ideal masih boleh untuk menyerlah didalam apa jua pertandingan, dengan syarat belajar cara bermain sebagai seorang Juara walaupun tidak seperti Lin Dan atau Lee Chong Wei.
Kadangakala anda perhatikan tidak semua pemain perseorangan mempunyai ketinggian lebih dari 6 kaki tinggi. Pemain yang mempunyai ketinggian ini sudah semakin kurang.
Setiap inci ketinggian pemain kadangkala menjadi masalah atau kekurangan kepada keseluruhan permainan.Memang tidak dinafikan kelebihan kepada pemain yang mempunyai ketinggian yang cukup kerana capaian yang lebih mudah, tetapi sukan badminton memerlukan ketangkasan yang tinggi , membuktikan ketinggian juga menjadi satu masalah.
Hanya segelintir pemain yang mempunyai ketinggian lebih rendah daripada 5 kaki 6 inci, atau lebih rendah daripada 5 kaki 8 inci.Tetapi,
Perbezaan pemain dengan ketinggian jauh lebih rendah, seperti Ong Ewe Hock dengan ketinggian 5 kaki 3/4 inci dan Thonmas Stuer Lauridsen dengan ketinggian 6 kaki 3 inci.Thomas Stuer adalah pemain yang bagus,tetapi sentiasa mengalami kecederaan kerana ketinggian beliau.
Jika anda lihat kepada beberapa siri pertandingan, didapati terdapat variasi ketinggian pemain.Dalam regu lelaki sebagai contoh, pemain lebih kecil seperti Yap Kim Hock bermain bersama pemain yang lebih tinggi seperti Cheah Soon Kit, diman Cheah merupakan pembunuh dari belakang gelanggang, manakala Yap sentiasa memberi tekanan di jaring.Didalam Regu campuran pula Zhang Jun telah memenangi medal Olimpik pada tahun 2004, jika dilihat dari luar permainan badminton dengan tidak mengetahui kejayaan yang telah beliau capai,anda mungkin akan menjangka tubuh beliau tidak sesuai untuk permainan badminton.
Beliau seorang yang rendah dan tegap, beliau tidak dapat mengawal gelanggang sepertimana yang dilakukan oleh Lin Dan, tetapi belaiu amat bertenaga. Saya pasti tiada pemain yang dapat memulangkan " smash " daripada Zhang Jun.
Jadi dengan pemain -pemain profesional diatas, siapa yang anda minat untuk dijadikan contoh ?
Bagaimana anda dapat menyesuaikan bentuk badan dengan cara permainan anda ?
Disini ada beberapa tips :
1- Jika anda rendah ( 5kaki 5inci kebawah )- anda haruslah menumpukan lebih kepada pertahanana.Anda harus fokus untuk membalas dan menyerap setiap tekanan dari pihak lawan dan mengawal permainan, dan mencari peluang untuk permainan rally. Untuk bermain secara pantas kearah pihak lawan akan lebih cepat memenatkan anda,bermain secara " flat " akan menidakkan capain pihak lawan kearah anda, oleh kerana anda rendah, gunakan masa yang sesuai untuk menyerang ketika permainan " flat" tadi.
2- Jika ketinggian lebih dari 5Kaki 5 Inci- kelebihan anda adalah untuk mengawal dan menyerang setiap penjuru gelanggang.Tolak bola bulu tangkis kearah 4 penjuru gelanggang lawan, lawan anda yang lebih rendah akan lebih tertekan kerana terpaksa berlari untuk mendapatkan bola tersebut.
Aplikasikan pukulan " drop " dan pancungan/potongan adalah salah satu kaedah yang dapat melemahkan lawan anda, sebab lawan anda yang lebih rendah akan sentiasa berada di belakang gelanggang untuk mengelak dari tekanan-tekanan dan smash yang bakal anda lakukan.
Secara amnya bentuk badan bukan penghalang untuk anda menjadi juara , TETAPI ubahlah cara permainan...ia lebih efektif..
Ini hanya beberapa contoh untuk mengimbangi bentuk tubuh anda dan corak permainan yang harus anda mainkan....
Selasa, 2 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sorry banyak ejaan silap...
BalasPadamLepas ni nanti saya re-edit dengan ejaan yang betul..
Terima Kasih Kerana Sudi membaca
Huh macam dalam peringkat world lak rasenyer...wakakakakka
BalasPadamBiasaaaa...
BalasPadamBiar ada semangat ....
lepas ni ramai ajak friendly ...biasalah world..
nak sangat jadi pemain badminton profesional mcm dato' lee chong wei.
BalasPadamMcm Pkat dunia pula rasanya
BalasPadam