Khamis, 4 Februari 2010

Struktur Organisasi dan Peraturan

Kejohanan IBBC 2010

Pengerusi : En Ishak ( Mewah )

Naib Pengerusi : En Yazlee ( Honda )

Setiausaha : Dg Mohd Nasir ( Mewah )

*** Kesemua diatas bertindak sebagai Urusetia Pertandingan

Bendahari : En Ravi ( Mewah )

AJK
Keselamatan : En Razali ( Mewah ) / En Noni ( Honda )

Alat keperluan : En Pie ( Mewah ) / En Zainol ( Honda )

Pengadil & Penjaga garisan : En Kamal ( Mewah ) / En Faizul ( Honda )

Kecemasan : En Zabidin ( Mewah ) / En Fuzi ( Honda )

Pembantu :

Semua para pemain IBBC
Kesemua para pemain DIHARAP dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam tempoh pertandingan dijalankan, " BERAT SAMA DIPIKUL , RINGAN SAMA DIJINJING , MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT "

Sekian,

Salam 1 Malaysia, " Majulah Sukan Untuk Persahabatan "


Peraturan ketika perlawanan dijalankan.

Peraturan 1


Setiap Ketua Kumpulan hendaklah menyerahkan nama -nama regu berserta ranking didalam kumpulan ( 1, 2, 3 ) kepada urusetia atau pengadil perlawanan sebelum perlawanan bermula, atau selewat-lewatnya sebelum jam 9:00 malam.


Peraturan 2

Setelah Pengadil menerima senarai pemain dari kedua-dua kumpulan, barulah perlawanan boleh dimulakan dengan rasminya.


Peraturan 3

Pengadil tidak akan memulakan perlawanan, jika salah satu dari Ketua Kumpulan yang bertanding GAGAL menyerahkan nama regu dan ranking mereka pada masa yang telah ditetapkan.

Peraturan 4

4.1-Nama - nama regu dan rankingnya adalah hak peribadi pengadil,


4.2-Ketua Kumpulan tidak boleh mengubahnya, tanpa sebab yang munasabah dan direstui oleh Urusetia ketika perlawanan sedang berlangsung.


4.3-Pengumuman nama regu dan rankingnya hanya akan diberitahu kepada umum selepas kedua-dua Ketua Kumpulan menyerahkannya kepada Pengadil atau urusetia perlawanan.


Peraturan 5

Pasukan yang GAGAL untuk menyerahkan nama-nama pemain dan rankingnya , di anggap TEWAS dan mata penuh akan diberikan kepada pihak lawan.

Peraturan 6

Kumpulan yang HANYA menyenaraikan 1 regu sahaja, kerana alasan yang kurang munasabah akan dianggap kalah secara otomatik, penyertaan MINIMA untuk meneruskan perlawanan adalah dengan penyenaraian 2 regu berserta rankingnya.

Peraturan 7

Jika Kumpulan berhajat untuk menyenaraikan semula para pemainnya untuk regu ke-tiga, regu pertama dan kedua hendaklah dipecahkan dan digabungkan menjadi regu yang ketiga, dan mestilah terlebih dahulu mendapat persetujuan dari urusetia dan keizinan pihak lawan.

Peraturan 8

PERINGATAN :
8.1-Setiap pemain tidak boleh bermain lebin dari 2 kali didalam satu-satu pertandingan, dengan alasan untuk menggantikan tempat pemain dari kumpulannya yang sakit atau tidak hadir.

8.2-Jika pemain dari salah satu Regu dari kumpulan mengalami kecederaan yang serius, Pengadil boleh memberhentikan perlawanan tersebut dengan serta-merta, tanpa menggantikannya dengan pemain yang lain.

Peraturan 9

Ketua Kumpulan diharap dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dengan memainkan peranan untuk memastikan setiap para pemainnya hadir pada masa pertandingan yang telah dijadualkan.

Peraturan10

Pada setiap perlawanan, Ketua Kumpulan / kumpulan boleh menyusun dan mengubah pemain dan ranking regu mereka, bergantung kepada strategi kumpulan tersebut, TETAPI mestilah di serahkan kepada Pengadil bertugas seperti yang telah dinyatakan dalam Peraturan 1 diatas.

Peraturan 11

Setiap pemain digalakkan untuk memakai jersey "IBBC" , ketika perlawanan dijalankan…











Tiada ulasan:

Catat Ulasan